Thursday, April 15, 2010

Pertandingan Menulis Sinopsis "Drama Pendek" MRSM Serting


Salam kepada anda semua yang melayari blog Bagus Production ini. Sebagai mengorak langkah permulaan bagi tahun 2010, Bagus Production telah mengajurkan Pertandingan Menulis Sinopsis “Drama Pendek” peringkat Sekolah Menengah MRSM. Pertandingan ini telah ditaja sepenuhnya oleh Bagus Production sendiri dari segi trofi, sijil dan hadiah wang tunai. Projek ini juga telah mendapat kerjasama yang baik dari MRSM Serting Negeri Sembilan dan tidak lupa juga kepada Jabatan Bahasa yang turut memberikan sokongan padu. Tujuan pertandingan ini diadakan tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk melahirkan generasi penulis bermutu pada masa akan datang. Di samping itu juga misi untuk memartabatkan penulisan di dalam Bahasa Melayu turut menjadi keutamaan disebalik pertandingan ini dianjurkan. Semoga dengan adanya pertandingan ini maka bidang penulisan di dalam Bahasa Melayu dapat diangkat martabatnya setapak lagi. Akhir kata salam satu malaysia dan selamat berjaya kepada semua pelajar MRSM Serting yang menyertai pertandingan ini, sekian wassalam. - Hasz Noh

Thursday, February 18, 2010

Salam... Selamat Datang!





Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada anda semua yang baru sahaja melayari blog ini. Untuk makluman anda semua, Bagus Production ini merupakan satu 'Team' yang bergiat aktif di dalam bidang seni perfileman/ drama / teater bermula semenjak awal tahun 2000. Kami asalnya terdiri daripada sekumpulan sahabat "class mate" yang mengambil bidang Broadcasting, Advertising & Communication . Setelah menamatkan pengajian kami semua telah mempunyai kerjaya masing-masing tetapi masih berhubung rapat dan meneruskan minat di dalam bidang seni. Hasil daripada semangat setiakawan dan minat yang mendalam terhadap bidang yang diceburi kami telah menghasilkan filem pendek (short film) yang pertama pada tahun 2007 yang bertajuk A.S.A.P . Kami meneruskan usaha kami yang seterusnya dengan terhasilnya short filem yang kedua pada tahun 2008 yang diberi tajuk "Langit Baru". Bagi perancangan tahun 2010 kemungkinan 'Team" Bagus Production akan menghasilkan karya yang ketiga , Insyaallah. sekian...